Penggubalan RUU Anti Gangguan Seksual tetap jadi keutamaan KPWKM – Rina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual tetap menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama erat Jabatan Peguam Negara.

Penegasan itu dizahirkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rina, buat masa ini KPWKM sedang menunggu white bill atau kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara.

Kata beliau, RUU itu akan dikemukakan untuk kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen tahun ini.

Rina memaklumkan Draf RUU Anti Gangguan Seksual telah mula digubal secara kolektif melalui sebuah pasukan projek khas dengan penyertaan pelbagai pihak daripada wakil kementerian dan agensi berkaitan; pertubuhan bukan kerajaan serta ahli akademik berpengalaman dan berpengetahuan dalam perkara berkenaan.

“Kementerian turut mengadakan pelbagai sesi libat urus termasuk dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, PROLINTAS, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata sebagai usaha mendapatkan input untuk penggubalan RUU ini.

“Draf ini telah mula disemak secara bersama oleh KPWKM dan Jabatan Peguam Negara mulai Januari 2021 bagi memastikan RUU ini benar-benar mampu menangani kelompongan perundangan sedia ada dan isu-isu pelaksanaan yang akan timbul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Gangguan seksual di pejabat, ini yang korang kena buat

Walaupun RUU berkenaan masih dalam peringkat semakan, Rina berkata, kes-kes gangguan seksual sedang ditangani melalui pelbagai akta dan peraturan lain.

Katanya, ia termasuk Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Kerja 1995 [Akta 265], Peraturan 4A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 iaitu Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam.

Rina menjelaskan, KPWKM turut menggesa mangsa untuk terus tampil membuat laporan segera kerana akta dan peraturan sedia ada boleh dikuatkuasakan untuk melindungi kepentingan dan keselamatan mangsa.

“Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) juga sedang melipatgandakan usaha-usaha meningkatkan kesedaran dan program advokasi untuk mengelakkan perlakuan tersebut daripada terus berleluasa sama ada secara fizikal, visual dan bentuk-bentuk lain.

“Pada tahun ini, sehingga Julai 2021, sebanyak 65 program kesedaran dan advokasi berkaitan gangguan seksual telah dilaksanakan JPW dengan penglibatan seramai 10,952 peserta di seluruh negara,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mara tidak kompromi peminjam sengaja culas

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan sesekali berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas untuk membayar balik pinjaman. Perkara itu ditegaskan...

More Articles Like This