MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin mengadakan sesi libat urus (SLU) pengoperasian sekolah melibatkan warga pendidik dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Melaka hari ini.
Menurutnya, SLU hari ini berlangsung dari awal pagi hingga ke petang dengan ada empat sesi yang melibatkan guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, wakil PIBG sekolah rendah dan menengah.
Katanya, SLU ini menjurus kepada penjelasan dan perkongsian pandangan mengenai operasi sekolah, terutama dalam aspek keselamatan dan kesihatan semasa di kelas, waktu ketibaaan dan juga penyuraian selepas tamat waktu persekolahan.
“Antara aspek yang ditekankan adalah untuk memastikan pengudaraan yang baik sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka.
“Ini amat penting bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, khususnya yang melibatkan varian delta,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca artikel berkaitan: 300,000 murid telah hadir ke sekolah, operasi berjalan lancar
Sekolah-sekolah Fasa 4 bersedia mula sesi persekolahan
Keseluruhan negara beralih ke Fasa 3 mulai Isnin – Ismail Sabri
Menurut Dr Radzi, beliau juga berkongsi cadangan pendekatan yang akan dilaksanakan melalui Konsep #sekolahKuSEJAHTERA untuk memupuk dan membudayakan amalan dan nilai murni.
“Usaha ini akan dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif serta membangunkan potensi murid dari peringkat awal lagi.
“Terima kasih kepada cikgu-cikgu dan ibu bapa yang terlibat dalam SLU bersama kami pagi ini. Saya amat hargai segala input, cadangan dan saranan yang dikongsikan. Kami akan susuli sebaiknya,” jelasnya.
Melaka bersama Lembah Klang akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Isnin ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

