PENGARAH dan penerbit terkenal, Michael Ang menitipkan pesanan buat golongan muda supaya membuat perancangan masa hadapan dengan membeli aset yang bernilai seperti rumah dan kenderaan.

Menurut perkongsian di laman Instagram Michael,45, anak muda perlu memiliki rumah sendiri walaupun ianya rumah flat.

“Tolong buat perancangan untuk kehidupan anda, sebelum 28 tahun mesti ada rumah tak kisah la kalau flat aja pun. Aku (Michael) pun duduk flat je.

“Sedikit wang simpanan dan kenderaan sendiri. Berhutang itu pastikan boleh bayar balik setiap bulan,” ujar pengarah drama hit Sweet Dreams ini.

Kenyataan Michael Ang mengenai pembelian rumah pada usia muda

Tambahnya, anak muda perlu memberi fokus untuk masa hadapan daripada membazirkan wang dengan membeli barang yang mahu ditunjuk kepada orang ramai sahaja.

“Kalau yang baca ni dah lebih 28 tahun dan tak ada seperti di atas, baik kau orang fikirkan hidup korang dan buat sesuatu.

“Tak payahlah habiskan duit beli benda untuk tunjuk dekat orang yang kau ada kelas dan mampu,” selarnya.

Malah, dalam sebuah perkongsian hantaran yang lain, Michael turut menyindir ibu bapa yang meletakkan jumlah hantaran yang tidak masuk akal seakan mahu menjual anak perempuan mereka.

“Di tuju pada mak bapa yang ada anak perempuan. Kadang-kadang saya tengok korang macam jual anak lebih dari nak kahwin kan! Kalau dia orang dah bercinta dan nak hidup bersama, bagi aja lah nak buat susah-susah buat apa. Mas kahwin, majlis kahwin dan sebagainya yang melampau dan membazir untuk apa? Nak tayang ke?,” tulisnya.

Pendapat Michael Ang mengenai nilai hantaran yang tidak masuk akal

Michael berpendapat majlis kahwin yang gah adalah sangat membazir dan sepatutnya wang tersebut dibelanjakan untuk kehidupan selepas berumah tangga.

“Saya rasa majlis kahwin yang buat kaw kaw tu membazir lagi baik pakai duit tu untuk permulaan hidup rumah tangga yang selesa. Ni kahwin gah gah akhirnya bayar hutang dan duduk rumah sewa.

“Kalau anak aku, kahwin aja dekat masjid. Nak buat gah gah keluar la duit sendiri. Jangan cari aku,” ujarnya lagi.

Malah, pendapat Michael ini turut menerima reaksi positif oleh warganet dan ramai yang bersetuju tentang isu yang diketengahkan ini.

Menerusi perkembangan Bajet 2022 yang dibentangkan, kerajaan akan memberi galakan kepada golongan muda yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).


Sedapnya daging bumbu sate ni. Jom cuba resipi yang mudah dan semestinya sedap ini. Sekali rasa pasti nak lagi.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging (potong nipis)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
1 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan kacang tumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 sm halia
2 sm kunyit
3 sm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
10 tangkai cili merah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus daging sehingga lembut kemudian masukkan daging ke dalam mangkuk.
  2. Gaulkan dengan bahan kisar, rempah serbuk, santan, garam, gula, kerisik dan air asam jawa. Perap selama setengah jam.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan perap sehingga naik minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan daun limau purut dan kacau rata. Taburkan kacang tumbuk. Hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram