“Kami tak rancang pun sebenarnya,” – Zul Ariffin jawab isu dukung wanita

Dari Penulis

KONTROVERSI melibatkan pelakon tampan, Zul Ariffin yang mendukung seorang wanita bertudung baru-baru ini bagi mempromosikan produk bengkung telah hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Menurut Zul,36, video yang memaparkan adengan mendukung wanita itu tidak sepatutnya menjadi isu yang perlu diperbesarkan kerana ia merupakan sebahagian daripada kerjanya.

“Idea untuk melakonkan aksi pegang tangan, dukung tersebut berlaku secara spontan.

“Sebenarnya kami risau juga mengenainya tetapi selepas ditonton semula, nampak okey dan kami gunakan saja.

“Aksi dukung dalam video promosi tersebut sama juga seperti apa yang saya lakukan dalam mana-mana drama. Saya dilantik sebagai duta produk tersebut kemudian saya jalankan tugas saya seperti yang sepatutnya.

“Kami tak rancang pun sebenarnya aksi-aksi tersebut. Babak tersebut juga tak sepatutnya menjadi isu sebab itu sebahagian daripada kerja saya,” katanya menerusi laporan Gempak.

Tambah bintang filem Tombiruo ini, dia menerima semua kecaman dengan hati terbuka dan berharap agar mesej utama yang ingin disampaikan produk itu berjaya.

“Mengenai kritikan pula, perkara tersebut seperti sarapan pagi, saya telan semuanya. Setakat ini, aksi tersebut saya pandang hanyalah dari sebuah video pendek dan tidak lebih daripada itu.

“Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan iaitu mempromosikan kelebihan tersebut kepada umum. Ini adalah dunia bisnes, publisiti tetap publisiti.

“Bagi saya, jika perkara tersebut dilihat daripada sudut positif, maka baiklah mesejnya dan sekiranya negatif, jadi buruklah isinya,” ujarnya.

Terdahulu, aksi mesra Zul bersama pelakon Ruhainies dan adegan mendukung serta memegang tangan pengasas produk bengkung iaitu Farah Abdul Aziz telah memeranjatkan peminat oleh kerana dikatakan babak tersebut tidak setaraf dengan Zul yang mempunyai kelas tersendiri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This