Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 3,764 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini – tertinggi untuk tahun ini.

Kali terakhir kes harian COVID-19 melebihi angka yang dicatatkan hari ini ialah 30 Disember lalu dengan 3,997 kes.

Semalam negara merekodkan 3,229 kes harian COVID-19 dengan 776 jangkitan di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.82 juta.

“Pada 20 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,764 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,820,927 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca: Sanggup disuntik air suling untuk dapatkan sijil vaksinasi – Polis

Sementara itu, kata Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 Januari 2022 untuk seluruh negara adalah 1.0.

Kadar Rt terendah direkodkan di Terengganu dan Sarawak manakala tertinggi ialah Kuala Lumpur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram