Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. GAMBAR: Abd Razak Aid

VIDEO sidang media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang ditularkan kembali hari ini adalah video lama yang mana ketika itu pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 belum lagi secara menyeluruh.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), video ini dipetik dari sidang media Khairy pada 20 September 2021 selepas beliau meninjau perkhidmatan saringan COVID-19 di KLIA.

Kata KKM, pada waktu itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan.

“Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa. Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat.

“Pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021. Pemberian dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan pada ketika itu kepada golongan rentan terdiri dari warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terdedah kepada rsiko jangkitan.

Baca: Pemberian dos penggalak makin rancak, hampir 50 peratus sudah terima

Dos penggalak, lonjakan kes dan usaha elak hospital terbeban

“Hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster, barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak,” kata kenyataan itu.

Jelas KKM, pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baru virus COVID-19.

“Banyak negara yang tawarkan booster kepada populasi dewasa mereka seperti UK, US, Thailand, Indonesia, dan Singapura,” jelas KKM.

Video sidang media September lalu itu ditularkan kembali di media sosial dan WhatsApp berhubung kenyataan Khairy mengenai dos penggalak.

Khairy dalam sidang media tersebut berkata dos penggalak ketika itu perlu diberi kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas, mempunyai komorbiditi atau “immunocompromised”, manakala tidak digalakkan kepada individu yang sihat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram