SELEBRITI Hollywood terkenal, Kylie Jenner memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Februari yang lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Kylie menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik gambar dia memegang erat tangan bayinya.
“2/2/22,” tulis Kylie di ruangan kapsyen.
Malah, usahawan kosmetik itu tidak memaklumkan nama serta jantina anak kedua dalam keluarga tersebut.
Sementara itu, tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati, rakan- rakan artis dan netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Kylie dan pasangannya, penyanyi Travis Scott atas kelahiran bayi mereka.
Untuk info, Kylie dan Travis turut memiliki seorang anak perempuan bernama Stormi Webster yang kini berusia empat tahun.

