SEORANG pendakwah terkemuka dipercayai akan dihadapkan ke mahkamah, hari ini susulan kes gangguan seksual yang dihadapinya.
Difahamkan, pendakwah berkenaan akan menghadapi bacaan kes kali pertama berhubung kes gangguan seksual itu di Mahkamah Tenom, Sabah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Menurut Abd. Jalil, kenyataan akhbar akan dikeluarkan selepas pertuduhan terhadap pendakwah terkemuka itu selesai.
“Ya, saya berada di Tenom untuk selia kes ini. Akan buat kenyataan akhbar selepas pertuduhan,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp.
Ogos tahun lalu, UtusanTV melaporkan seorang pendakwah terkenal dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual.
Pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil untuk merakam percakapan.
Baca artikel berkaitan: Pendakwah terkenal dipanggil bantu siasatan gangguan seksual?
Kes Ebit Lew tak pernah ditutup, polis alu-alukan maklumat
Siasatan membabitkan pendakwah terbabit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
3 Februari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasata kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal hampir lengkap.
Abd. Jalil dilaporkan berkata, pihaknya hampir melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk semula kepada pejabat Peguam Negara (AGC).
“Kita telah hantar ada yang perlu diperbetulkan sebelum dihantar semula ke AGC dalam masa terdekat.
“Proses itu memang di peringkat akhir dan kita akan selesaikan secepat mungkin,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

