MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan golongan anti-vaksin yang gemar membaca dan mempercayai dakyah tolak vaksin di dalam media sosial.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, dos penggalak telah terbukti memberi perlindungan kepada orang ramai daripada virus Covid-19 Omicron.
“Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron.
“Dos penggalak memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.
“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kajian Malaysia mengenai ketidakberkesanan Ivermectin rawat COVID-19 disiar di jurnal antarabangsa – Khairy
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

