Ismail Sabri perlu berada pada posisi kukuh dalam BN, elak jadi ‘lame duck Prime Minister’ – Annuar Musa

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi justifikasi mengenai cadangan agar Perdana Menteri, Datu Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengarah Pilihan Raya BN.

Menurut Annuar, walaupun Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang, perkara itu tidak membawa sebarang makna sekiranya parti tidak memenangi jumlah kerusi yang cukup untuk membina kerajaan sendiri.

Jelas beliau, jawatan Perdana Menteri tidak boleh ditentukan UMNO sahaja sebaliknya ditentukan secara bersama dengan parti komponen BN.

“Ini bermakna Ismail Sabri setelah dinamakan sebagai calon PM UMNO perlu memikul tanggungjawab mencari formula kemenangan untuk parti.

“Ini bukan satu perkara mudah, apa lagi jika tanpa satu kedudukan yang kukuh dalam parti dan organisasi pilihanraya,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook peribadi beliau hari ini.

Baca artikel berkaitan: UMNO, BN sah calonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu

Mengulas lanjut, Annuar berkata, Ismail Sabri perlu memastikan kesiapsiagaan parti BN daripada segi organisasi jentera, kewangan, logistik dan lain-lain sebelum membubarkan kerajaan campuran pimpinannya ketika ini.

Jelas Annuar, sekiranya persiapan itu tidak dilakukan, implikasinya amat buruk buat parti bak kata pepatah ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’

“Ismail Sabri perlu mencari formula kemenangan khususnya dalam menentukan saf ahli Parlimen UMNO yang tepat untuk menjamin bilangan kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

“Ini melibatkan pemilihan calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, yang mana mereka ini perlu berdiri bersama Ismail Sabri dalam kerajaan,” katanya.

Annuar menambah, Ismail Sabri perlu memikirkan pakatan yang sesuai untuk memastikan kemenangan BN nanti.

Jelas Annuar, perkara itu amat penting kerana melibatkan keyakinan parti-parti lain untuk memberi sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.”

“Paling penting Ismail Sabri mesti berada pada posisi yang kukuh dalam BN bagi mengelakkan beliau hanya menjadi ‘lame duck Prime Minister’ yang akan mewujudkan ketidakstabilan kerajaan.

“Sekiranya beliau sendiri yang telah dinamakan sebagai calon dan bakal Perdana Menteri ke-10 oleh UMNO, dapat menakhodai bahtera BN sebagai Pengerusi, maka beliau dan Presiden UMNO bolehlah bergandingan dengan padu dan mantap bagi menjamin kemenangan saf UMNO, komponen BN dan lain lain parti sahabat.

“Semua ini hanya boleh dilakukan dengan berkesan sekiranya Ismail Sabri sendiri memimpin BN dan bertindak sebagai Pengarah Utama PRU-15,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This