Pemandu Myvi Putih PGT 124 buat aksi ‘gila’ di MRR2 diberkas polis

Dari Penulis

PEMANDU Perodua Myvi Putih yang melakukan aksi “gila” di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu PGT 124 diberkas polis kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, suspek seorang lelaki berusia 32 tahun telah ditahan oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kuala Selangor.

“Suspek akan direman sehingga Jumaat dan kes di siasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel: Remaja hilang di Cheras ditemui selamat dekat Pokok Sena, Kedah

Sehubungan itu, Sarifudin memohon pemilik kamera papan pemuka (dashcam) dan saksi tampil ke balai polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee bagi tujuan membantu siasatan.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan pemandu itu telah melakukan provokasi dan halangan dalam satu kejadian di MRR2 berhampiran Taman Layang-Layang pada Ahad lalu.

Pemandu tersebut juga telah membrek kenderaan secara sedikit-sedikit dan mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit.

Kejadian itu tular selepas ia dimuat naik di media sosial, dan rata-rata netizen mahu pemandu itu dibawa ke muka pengadilan segera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This