PERMOHONAN baharu bagi Geran Kandungan Digital di bawah Pakej Rangsangan
Industri Kreatif Malaysia 2022 telah dibuka bermula pada 14 Jun 2022.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, geran tersebut bertujuan untuk membantu dan menggalakkan kesinambungan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara selaras dengan norma baharu berikutan pandemik Covid-19.
“Saya melihat Geran Kandungan Digital 2022 ini sangat penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan.
“Pencipta kandungan digital memiliki pelbagai idea menarik tetapi mereka sukar memulai
dan mendapatkan dana.
“Melalui Geran Kandungan Digital 2022 ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan malah membantu mereka dalam penghasilan kandungan digital yang boleh dipasarkan kerana idea mereka akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada pakar industri,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: K-KOMM turunkan laman sesawang jual data
Mengulas lanjut, Annuar berkata, geran tersebut menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000.00 kepada syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP).
Jelas beliau, ia adalah untuk membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.
“Tahun lalu, menerusi Geran Kandungan Digital 2021, MDEC telah menerima 111 permohonan.
“Sejumlah RM1.9 juta geran telah diluluskan yang memberi manfaat kepada 39 pemohon.
“Geran Kandungan Digital 2022 merupakan sebahagian daripada siri inisiatif pembiayaan
yang direka untuk industri kandungan kreatif untuk tahun 2022.
“Industri kandungan kreatif digital merupakan antara industri yang pantas berkembang
dan salah satu industri tumpuan di bawah Malaysia Digital,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

