Wang AS$61 juta, £9.46 juta masuk ke akaun peribadi Najib – Saksi

Dari Penulis

SEORANG pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah AS$61 juta dan GBP9.46 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya melalui pindahan wang luar negara daripada tiga syarikat didakwa berkaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pengurus Bahagian Unit SWIFT di Ambank (M) Berhad Wedani Senen, 48, berkata kesemua transaksi melibatkan akaun bekas Perdana Menteri itu adalah di antara Mac 2013 dan Dis 2014 dengan nombor akaun 2112022009694 menggunakan kod nama AmPrivate Banking-MR dan 2112022011880 kod nama AmPrivate Banking-1MY.

Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata terdapat pemindahan wang berjumlah US$61 juta ke akaun Najib daripada Tanore Finance Corporation.

Pada prosiding sebelum ini, Tanore dinyatakan sebagai antara entiti yang menerima wang haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain didakwa mempunyai kaitan dengan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Wedani juga berkata akaun Najib yang berakhir dengan nombor 880 menerima GBP750,000 daripada Blackrock Commodities (Global) Limited pada 23 Jun 2014.

“Akaun sama turut menerima wang daripada Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) melalui lima transaksi iaitu GBP5,750,000 (19 Okt 2014), GBP694,343.62 dan GBP2,216.01 (24 Nov 2014),  GBP995,000.00 (5 Dis 2014) dan GBP1.26 juta (18 Dis 2014),” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) telah mengenal pasti Vista Equity dan Blackrock Commodities sebagai ‘shell company’ (syarikat yang hanya wujud di atas kertas) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Tan.

Baca: CEO beritahu 1MDB hanya berurusan dengan Najib – Bekas TKSU MoF

Kes 1MDB: Hampir AS$670 juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib

Ketika disoal balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, Wedani berkata beliau tidak membuat sebarang laporan kepada Bank Negara (BNM) mengenai transaksi melibatkan jumlah wang besar ke dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu.

“Unit kami tidak membuat sebarang laporan kerana terdapat bahagian lain yang menguruskan pelaporan kepada BNM.

“Saya juga tidak pasti sama ada BNM ada menimbulkan sebarang amaran dan meminta bank memberikan penjelasan mengenai kesemua transaksi melibatkan wang yang besar itu,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa relevan

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This