MEMORANDUM Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) akan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan.
Itu jaminan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berhubung memorandum tersebut.
Menurut Annuar, memorandum tersebut telah segera diteliti dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil maklum mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan.
Jelas beliau, antara perkara yang dibangkitkan adalah kos sebenar mengikut pecahan
tahunan, peralatan dan kos operasi rangkaian 5G negara serta penjelasan terperinci
harga jualan secara pukal kepada syarikat telekomunikasi.
“K-KOMM akan membantu memanjangkan salinan memorandum ini kepada Kementerian Kewangan memandangkan kebanyakan perkara-perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut bukan di bawah bidang kuasa K-KOMM.
“K-KOMM juga akan membantu pihak-pihak yang tidak mempunyai kefahaman jelas
berhubung perkara berkaitan dengan mengatur majlis untuk memberikan penjelasan
lanjut, seperti yang dilaksanakan sebelum ini, terutama bagi perkara yang berkaitan
di bawah bidang kuasa Kementerian ini,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: 5G: Rundingan syarikat telco, DNB masih dijalankan, tarikh tutup 30 Jun – Annuar
Mengulas lanjut, Annuar berkata, DNB adalah syarikat milik penuh kerajaan yang diletakkan di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Kewangan.
Jelas beliau, langkah sedang diambil oleh Kementerian Kewangan untuk menyusun semula struktur pemilikan ekuiti syarikat dan kaedah kawal selia syarikat selaras dengan keputusan terbaru Jemaah Menteri mengenai perkara berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

