Tuah umpan cacing, peniaga warung bawa pulang RM5,000 tunai

Dari Penulis

SEORANG peniaga warung berjaya membawa pulang RM5,000 tunai selepas menjuarai pertandingan memancing PJ Joran 2022 yang diadakan di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya, pada Ahad.

Alam Shah Ali, 57, dari Kapar, Klang berjaya mengail patin seberat 4.03 kilogram (kg) hanya menggunakan umpan cacing.

Beliau yang langsung tidak menyangka mampu mengalahkan 960 peserta lain, tanpa menggunakan umpan “special” mengatakan hadiah kemenangan itu akan dikongsi bersama ahli keluarganya.

“Kemenangan ini amat bermakna dan saya sangat bersyukur.

“Saya harap pertandingan memancing anjuran MBPJ dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing selepas lama berehat disebab Covid 19,” katanya yang turut membawa pulang piala juara Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Baca artikel berkaitan: PJ Joran meriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-16

Sebahagian daripada kaki pancing yang menyertai PJ Joran 2022 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya

Sementara itu tempat kedua milik Mat Nor, 52, selepas berjaya membawa naik ikan patin seberat 3.215kg .

Dia berjaya membawa pulang wang tunai RM2,500 manakala ketiga dimenangi Mohd Zaid Yaacub, 44, yang turut berjaya menangkap spesies ikan yang sama seberat 3.02kg.

Mohd Zaid membawa pulang RM1,500.

Dalam pada itu bagi kategori khas ikan Keli, juara dimenangi oleh peserta dikenali sebagai Zaidi, yang berjaya membawa naik ikan seberat 7.71kg.

Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir.

Mohamad Azhan berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, antaranya Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor amnya selain kehadiran keluarga yang memeriahkan PJ Joran tahun ini.

“Pertandingan memancing PJ Joran ini wajar diteruskan lagi memandangkan sambutan yang diterima dari kaki-kaki pancing seluruh negara amat mengalakkan.,” katanya.

“Lebih 300 ekor pelbagai spesies berjaya dinaikkan oleh kaki pancing kali ini antaranya Patin, Keli, Lekoh, Puyu, Koi dan Talapia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This