Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin. GAMBAR: Abd Razak Aid

KEKURANGAN bekalan guru kelahiran Sabah bagi opsyen tertentu menjadi satu daripada punca Kementerian Pendidikan (KPM) tidak melantik guru-guru di Sabah untuk mengajar di negeri tersebut.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kekangan utama adalah kekurangan bekalan guru di pasaran bagi subjek kritikal terutama mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Secara umumnya daripada 18,702 kekosongan jawatan yang diperlukan, seramai 16,381 orang guru telah dilantik dan ditempatkan di sekolah bawah KPM.

“Daripada jumlah ini, seramai 13,770 adalah lantikan secara tetap manakala 2,611 orang adalah secara guru lantikan kontrak (CoS).

“Seramai 1,653 orang guru CoS adalah anak kelahiran Sabah dengan 1,221 daripadanya ditempatkan di sekolah di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat berkenaan status pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off khususnya bagi negeri Sabah.

Baca artikel berkaitan: Radzi Jidin wakil Malaysia di persidangan UNESCO, bincang transformasi pendidikan

Mengulas lanjut, Mohd Radzi turut menafikan dakwaan terdapat lantikan guru one-off dibuat secara tidak telus dan juga kuota untuk guru CoS.

Tegas beliau, tiada kuota khas untuk calon CoS bagi lantikan guru one-off seperti diperkata segelintir pihak.

“KPM komited memastikan keperluan guru di sekolah diurus sebaiknya. Di samping itu, KPM juga akan terus menambah baik penggunaan kaedah kluster mata pelajaran bagi pengambilan seterusnya.

“Ia supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai graduan pendidikan mengisi kekosongan yang ada,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram