Tidak perlu gaduh, fokus UMNO kini hanya PRU-15 dan bukannya pemilihan – Shahril

Dari Penulis

KELULUSAN Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap permintaan UMNO untuk meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan penangguhan pemilihan patut disambut baik oleh semua ahli dan pemimpin parti.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, Jabatan Pendaftaran telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung UMNO bahawa permohonan bagi meminda Perlembagaan UMNO telah diluluskan.

“Ini bermaksud bahawa UMNO perlu mengadakan pemilihan parti tidak lewat daripada enam bulan selepas pilihan raya umum berlangsung. Tiada tanda soal lagi yang mana akan datang dahulu. Tumpuan utama parti sekarang ini adalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya.

Katanya, seperti yang diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) baru-baru ini dan diperkuat dengan pengumuman ROS hari ini, pemilihan pemimpin UMNO boleh diadakan selepas PRU-15.

“Tarikh PRU akan dibincangkan lima pemimpin tertinggi, bawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), kemudian kita masuk gelanggang. Kini masanya kita henti adu domba antara satu sama lain.

BERITA BERKAITAN RoS bagi lampu hijau, pemilihan UMNO boleh diadakan selepas PRU-15

“Tidak perlu gaduh, atau syak wasangka, jauh sekali menuduh sensasi pemimpin UMNO cuba mensabotaj mana-mana ketetapan parti sendiri. Walau apa pun desas-desus di luar sana, akhirnya kita ukur melalui hasilnya: ketetapan parti diangkat dan diutamakan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sekarang masa semua figura UMNO perlu bersatu dan dengan pemilihan pasti selepas PRU, maka parti sepatutnya menjadi bertambah kuat dan tiada sebab untuk tidak bersatu menjelang pilihan raya kali ini.

“Di kala parti kita di ambang kemenangan, kita pilih kesepakatan untuk meyakinkan rakyat memilih kestabilan,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This