Cadangan Muafakat Nasional Plus terhenti bila PN ditubuhkan – Mahdzir

Dari Penulis

CADANGAN untuk mewujudkan Muafakat Nasional (MN) Plus melibatkan gabungan UMNO, Bersatu dan PAS telah terhenti apabila Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ketika itu sememangnya ada cadangan diwujudkan MN Plus dan Bersatu, tetapi selepas PN didaftarkan, ia sudah berakhir.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu semalam bahawa gabungan tiga parti Melayu terbesar- Bersatu, PAS dan UMNO dilihat mampu memenangi PRU dengan selesa sekiranya MN Plus menjadi realiti.

“Mengenai MN (Plus) itu adalah pendapat peribadi beliau (Muhyiddin), namun perkara itu sudah berakhir dan sudah lebih setahun berlalu…pandangan peribadi saya setakat ini, BN dalam perkiraan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)  (bertanding) atas sifat solo. Bagaimanapun terpulang kepada keputusan parti,”.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Dewan Kejora, Kota Tinggi hari ini.

Mahdzir Khalid ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Dewan Kejora, Kota Tinggi hari ini./Gambar Fb Kejora.

Baca: PRU-15: Lebih kurang halal soal agihan kerusi PN, kata Muhyiddin

Pas mahu terus bersama MN, PN dalam PRU-15

Sementara itu, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata keputusan Dewan Rakyat meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti baru-baru ini dan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tahun lepas, adalah kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Ahli Dewan Rakyat dilihat memberikan sokongan kepada Perdana Menteri tanpa mengira parti politik.

“Beliau ada dua kejayaan, pertamanya pindaan Perlembagaan Persekutuan MA63 yang mendapat dua pertiga sokongan, ini pun pembangkang bagi sokongan… lebih 148 orang (menyokong).

“Sekali lagi, Perdana Menteri dapat (sokongan) 209 Ahli Parlimen iaitu lebih dua pertiga majoriti (rang undang-undang berkaitan lompat parti), ini merupakan satu kejayaan beliau,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This