Tangkap layar video berdurasi 15 saat yang tular dalam Twitter memaparkan seorang lelaki menyuapkan vape ke mulut bayi.

BAYI umpama kain putih yang memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar golongan dewasa terutama ibu bapa bagi mengelakkan diri terdedah dengan aktiviti tidak sihat di kemudian hari.

Bagaimanapun, ada juga segelintir golongan dewasa atau ibu bapa seolah-olah tidak menghiraukan perkembangan anak-anak kecil terutama bayi.

Ini dibuktikan apabila satu video memaparkan seorang lelaki bertindak ‘menyuapkan’ vape atau rokok elektronik ke mulut seorang bayi tular dalam aplikasi Twitter.

Video berkenaan telah dimuatnaik seorang pengguna akaun Twitter dengan nama @fanaizty yang dipercayai dipetik daripada Instagram Story seorang pengguna Instagram.

Baca artikel berkaitan: Beri anak dua tahun hisap vape, seorang lelaki ditahan

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan lelaki berkenaan ‘tidak segan silu’ menyuakan vape tersebut ke mulut bayi tidak berdosa itu.

Malah, lelaki tersebut dan perakam video dipercayai wanita seolah-olah ‘gembira’ dengan perbuatan yang dilakukannya.

Tindakan kurang bijak pasangan tersebut sekali gus mengundang kecaman pengguna media sosial lain yang menyelar perbuatan berkenaan.

Ramai yang berpendapat tindakan berkenaan langsung tidak kelakar, malah memberi risiko kepada kesihatan bayi berkenaan.

Difahamkan pengguna Twitter tersebut telah pun melaporkan tentang tindakan itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berharap pasangan berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram