Peguam Negara ketuai jawatankuasa siasatan ‘insiden tengking’ KLIA – KSN

Dari Penulis

JAWATANKUASA Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, jawatankuasa ini dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Zuki berkata, jawatankuasa itu akan bersidang secepat mungkin bagi menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku pada 3 Ogos lalu.

Menurutnya jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengendalikan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Baca: Imigresen diarah siasat dakwaan pegawainya ditengking pegawai tinggi kerajaan di KLIA – Hamzah

Jawatankuasa siasat kes KPPA herdik pegawai Imigresen – PM

Khamis lalu, seorang pegawai Imigresen yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA dilapor dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan.

Insiden itu kemudian menjadi perbincangan terbuka susulan kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam membuat permohonan maaf terbuka.

Baca: Dakwaan KPPA tengking pegawai Imigresen tidak tepat

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan balas kemudian menafikan ketua pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen yang dimaksudkan.

Kenyataan JPA itu antara lain menjelaskan, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah hanya membuat teguran terhadap imigresen berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This