SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun patah tulang selangka selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bachok, 3.30 petang semalam.
Dalam kejadian terbabit, mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah terlibat dalam kemalangan selepas terlepas daripada pegangan tangan ahli keluarga sebelum berlari melintas jalan.
Dia kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Muhamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian berlaku ketika pemandu Proton Exora sedang memandu dari arah Besut menghala ke Pengkala Chepa selepas menghantar penumpang di Jeti Kuala Besut, Terengganu.
“Sampai di Jalan Wakaf Aik, seorang kanak-kanak melintas jalan menyebabkan pemandu Proton Exora mengelak ke kanan lalu bertembung dengan pemandu Perodua Myvi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Dua kanak-kanak maut dicampak lelaki Myanmar di MRR2 Kepong
Kemalangan terbabit menyebabkan kerosakan terhadap Proton Exora dan Perodua Myvi.
Katanya, kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

