Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Foto Facebook Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan isyarat masing-masing masih sayangkan penyatuan Muafakat Nasional (MN).

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keletah kedua-dua pemimpin tersebut saling menyerang antara satu sama lain adalah perkara biasa.

Jelas beliau, tidak perlu untuk orang ramai untuk mengatakan MN telah terkubur kerana masih tidak ada pemimpin UMNO dan Pas mengisytiharkan perkara tersebut.

”Biasalah bila ada serangan mesti ada pemimpin yang membalas serangan. Itu biasa, tetapi pemimpin lain mahu penyatuan maka mereka redakan keadaan.

“Maka tak perlu kita buat kata putus MN telah terkubur, setakat ini tak ada (pemimpin PAS-Umno yang berani isytihar)…

“Selagi ada pimpinan yang sayangkan MN ia tidak akan terkubur,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Baca artikel berkaitan: Cadangan Muafakat Nasional Plus terhenti bila PN ditubuhkan – Mahdzir

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin turut menasihatkan orang ramai khususnya penyokong UMNO dan Pas agar tidak keliru dengan status MN.

Jelas beliau, rakyat khususnya pengundi Melayu Islam hanya perlu membulatkan tekad dengan memilih sama ada UMNO atau PAS jika berlaku pertembungan dua parti itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi mengelakkan perpecahan undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram