Agenda memperkasa Orang Asli sentiasa diteruskan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa agenda pembangunan memperkasa masyarakat Orang Asli di seluruh negara akan sentiasa diteruskan.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Orang Asli Sedunia yang disambut hari ini, Perdana Menteri berkata, agenda bagi memperkasa golongan itu supaya masyarakat Orang Asli dapat menikmati kesejahteraan dan kemajuan di Malaysia.

Menurut beliau, ia tidak kira sama ada dari aspek ekonomi, sosial mahu pun pendidikan.

“Selamat menyambut Hari Orang Asli kepada semua Orang Asli Keluarga Malaysia sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia.

“Agenda Pembangunan memperkasa masyarakat Orang Asli akan sentiasa diteruskan agar seluruh masyarakat Orang Asli dapat menikmati kesejahteraan dan kemajuan di Malaysia sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan pendidikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: PM nasihatkan pengguna waspada akaun mudah alih digodam

Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia disambut pada setiap 9 Ogos setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tema sambutan pada tahun ini adalah Peranan Wanita Orang Asli dalam Pemeliharaan dan Penyambung Pengetahuan Tradisional.

Jelasnya, tema sambutan itu amat tepat memandangkan wanita Orang Asli adalah tulang belakang komuniti Orang Asli.

“Wanita Orang Asli memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan adat budaya mereka,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This