“Saya dapat perasaan menyeronokkan untuk beribadah dekat dalam lokap…,” – Niezam Zaidi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TERPALIT dengan isu dadah Oktober tahun lalu, aktor berbakat besar, Niezam Zaidi akui episod hitam itu banyak memberi keinsafan dan kini perlahan-lahan berubah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Selepas tiga bulan turn naik mahkamah, pelakon Budak Pailang itu bersyukur apabila semuanya berakhir pada awal Januari lalu.

Menceritakan kembali insiden tersebut, jelas Niezam,kesihatan mentalnya terkesan apatah lagi banyak komen-komen cercaan serta hinaan yang banyak dilemparkan kepadanya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi mengaku bersalah miliki dadah, didenda RM4,000, Niezam Zaidi mohon maaf, tak mahu komen isu dadah, Pelakon Niezam Zaidi, pengarah filem dan penolong mengaku salah miliki dadah

“Kalau saya bukan Islam mungkin saya dah gila atau bunuh diri…saya minta maaf. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya.

“Mungkin orang luar lihat ia sebagai kenangan pahit tapi bagi saya pahit itulah ubat.

“Isu kesihatan mental ini kita tak boleh ambil remeh walaupun orang lain nampak luaran kita okay tapi sebaliknya tidak lebih-lebih lagi media sosial ada notifikasi yang kita boleh baca semua komen.

“Dengan hanya membaca sahaja sebenarnya komen tersebut boleh jadi faktor kepada masalah mental. Itulah yang saya alami sewaktu berdepan dengan insiden (kes dadah) tersebut,” katanya kepada URTV.

Niezam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kan Cheong yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Enggan terus membiarkan kesihatan mentalnya terganggu, pelakon berusia 30 tahun itu membuat keputusan untuk menetap bersama keluarganya di Ipoh, Perak.

Kata Niezam, biarpun berdepan dengan masalah, keluargalah orang pertama yang akan sentiasa di sisi memberikan sokongan.

“Saya nak lupakan detik hitam itu dan sekarang ini saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama selain meluangkan masa bersama keluarga.

“Mak saya sakit tiga serangkai dan papa saya pun sudah tua. Kita tak tahu boleh hidup sampai bila…selagi boleh berjasa, saya akan buat yang terbaik.

“Masa senang memang kita ramai kawan tapi bila susah, keluarga juga yang datang dulu. Saya ingat lagi masa di Kuala Kangsar, papa saya yang dah berusia 60 tahun datang ke sana untuk bantu selesaikan kes saya,” luahnya dengan nada sebak.

Sementara itu, Niezam berkongsi pengalamannya ketika berada dalam tahanan lokap yang dianggap sebagai ruang untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu bagaimana perasaannya. Tapi saya dapat perasaan menyeronokkan untuk beribadah dekat dalam lokap

“Sebab tiada siapa yang boleh tolong saya…minta dekat Allah sahajalah. Saya bukan nak buat baik tapi baik buat. Saya pun bukan nak tunjuk baik tapi baik tunjuk.

“Saya harap pada mereka yang ada masalah dalam hidup, carilah keluarga dulu. Cari semangat korang balik dan kalau ada yang tak sokong, biarkan.

“Kalau lima orang tak berikan sokongan, ramai lagi yang akan sokong kita. Kita tak boleh halang orang nak cakap apa tentang kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Niezam akan muncul dengan naskhah Kan Cheong arahan Noor Azlan Shah yang akan ditayangkan esok (Khamis) menerusi Astro First.

Selain Niezam, filem tersebut dibintangi oleh Nora Danish, Jay Iswazir dan Shima Anuar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This