PM buat tinjauan mengejut, arah teruskan projek Mara Digital

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) telah diarahkan untuk meneruskan projek Mara Digital bagi membuka peluang kepada anak muda bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini dan masa depan.

Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyifatkan projek Mara Digital itu sangat dekat di hatinya.

Menurut Perdana Menteri, beberapa Mara Digital telah pun diwujudkan iaitu di Shah Alam, Selangor; Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak selain beberapa lagi lokasi yang dikenal pasti termasuk Larkin, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, kata beliau, projek tersebut telah ditutup dan projek baharu tidak diteruskan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan.

“Mara Digital sangat dekat di hati saya. Ia diwujudkan bagi membangunkan usahawan bumiputera dalam bidang IT dan gajet sama ada menjual produk, membaiki dan lain-lain.

Baca artikel berkaitan: PM umum peruntukan RM300,000 kepada PERTAMA

“Beberapa Mara Digital telah diwujudkan seperti di Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan beberapa tempat yang telah dikenalpasti seperti di Larkin Johor, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching serta Kota Kinabalu,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Projek tersebut telah diilhamkan oleh Ismail Sabri sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada tahun 2015 semasa menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Perdana Menteri sebelum itu melakukan tinjauan mengejut di Mara Digital Kuala Lumpur yang turut disertai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Alhamdulillah dalam tinjauan peniaga memaklumkan masih mampu untuk meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat cuma memerlukan sokongan dari Mara seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This