PEGUAM utama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhir kes SRC International Sdn. Bhd., Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi memohon supaya Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran melibatkan bekas Perdana Menteri itu.
Memetik laporan Astro Awani, Hisyam pada awal prosiding dengan rendah hati memohon panel lima hakim diketuai Ketua Hakim negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memberi lebih masa kepada pihak pembelaan.
Bagaimanapun, Tengku Maimun berkata, panel lima hakim sudah membuat keputusan Selasa lalu bahawa permohonan menangguhkan rayuan telah ditolak.
Baca artikel berkaitan: Rayuan terakhir Najib didengar Mahkamah Persekutuan hari ini
Peguam Najib itu kemudiannya berkata beliau tiada jalan lain selain memohon menarik diri sekiranya permohonan itu tidak dipenuhi.
Tegas Ketua Hakim lagi, mahkamah mempunyai mandat dan tanggungjawab untuk melaksanakan keadilan bagi semua pihak, dan menyoal Hisyam sekiranya beliau benar-benar ingin membiarkan anak guamnya tidak diwakili dalam rayuan.
Tengku Maimun kemudiannya memerintahkan mahkamah berhenti rehat seketika.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

