Suspek ditahan selepas menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Pertama. GAMBAR: Polis.

DUA lelaki terlibat dalam jenayah samun sekitar kawasan Bandar Tun Razak ditahan polis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan pada pukul 2.20 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9).

Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di Taman Pertama dengan jumlah kerugian sebanyak RM507.50, semalam.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau dalam jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan lima kes samun dengan tertangkapnya suspek.

Baca artikel berkaitan : Ditahan selepas sejam samun stesen minyak

Katanya suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Selasa bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram