MANA-MANA pihak yang mendakwa mengetahui lokasi terkini ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low sepatutnya memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Itu penegasan Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditanya mengenai dakwaan Jho Low berada di China yang tular baru-baru ini.
Hamzah dengan tegas turut mempersoalkan individu yang mengetahui keberadaan Jho Low langsung tidak memaklumkan kepada KDN.
“Dia tahu? Pasal apa dia tak maklumkan pada kita di mana tempat itu di China, apa semua tolong bagi tahu,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Baca lagi: Sudah berkahwin, Jho Low didakwa masih menetap di China
Baru-baru ini nama Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kembali tular di media sosial dan didakwa bersembungi di Disneyland Shanghai, China.
Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu didedahkan penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope menerusi episod pertama program Di Mana Jho Low yang disiarkan di aplikasi YouTube, semalam.
Hope bersama penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai yang dikatakan diambil pada malam Krismas 2019.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

