Pengawal peribadi miliki kerambit, pistol mainan ditahan

Dari Penulis

SEORANG pengawal peribadi ditahan di sebuah stesen minyak di Ukay Perdana, Hulu Kelang awal pagi tadi kerana memiliki kerambit dan sepucuk pistol mainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek berusia 21 tahun yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan ditahan sepasukan polis peronda pada pukul 1.56 pagi.

“Pemeriksaan di dalam beg silang menjumpai sebilah kerambit, sebuah objek menyerupai pistol dan sebuah walkie talkie,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai menyimpan senjata berkenaan untuk kegunaan pekerjaan sebagai pengawal peribadi.

Baca artikel berkaitan : Warga asing bawa 25 laras rifle tiruan, 480 peluru plastik dalam Myvi ditahan polis

Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan 1958 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This