MB mahu Anwar kekal, PD bakal saji pertembungan heavyweight?

Dari Penulis

SEBAGAI Menteri Kesihatan, sudah tentu Khairy Jamaluddin perlu menghadiri pelbagai program di seluruh negara.

Dan dalam banyak-banyak kawasan, Khairy dilaporkan agak kerap mempunyai program di Port Dickson tahun ini.

Apatah lagi, Ahli Parlimen Rembau itu juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sembilan.

Selain acara kerajaan, Khairy juga dilaporkan hadir ke program UMNO Port Dickson menjadi tetamu kehormat pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian April lalu.

Justeru, spekulasi Port Dickson bakal menjadi kawasan baharu untuk ditandinginya bertiup kencang tambahan pula beliau diketahui mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan UMNO Port Dickson.

Khairy perlu mencari kerusi Parlimen baharu untuk PRU-15 susulan terpaksa memberi laluan kepada Timbalan Presiden yang juga Ketuanya di UMNO Bahagian Rembau.

Khairy Jamaluddin merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Barangan Keperluan Asas DUN Lukut pada awal tahun ini atas kapasitinya sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.

Jika benarlah, Khairy bertanding di Port Dickson, sudah tentu Parlimen yang dahulunya dikenali sebagai Telok Kemang bakal menjadi tumpuan seluruh negara kerana bakal menjadi medan pertembungan calon heavyweight.

Itu pun andai penyandang dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal bertanding di Parlimen tersebut.

Setakat ini, Anwar belum beri kata putus dengan Tambun dan Permatang Pauh disebut-sebut selain Port Dickson.

Baca: Khairy sahkan tidak bertanding di Rembau, beri laluan kepada Tok Mat

PD menanti, Tambun menunggu, Anwar dalam dilema pilih kerusi PRU-15?

Secara lojiknya, di antara tiga Parlimen itu, Permatang Pauh adalah pilihan terbaik buat Anwar kerana ia kubu asal beliau berbanding kekal di Port Dickson yang laluannya pasti berliku.

Bagi Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, beliau berharap Presiden PKR kekal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

AMINUDDIN HARUN/Gambar FB Bernama

Kata Aminuddin, PH Negeri Sembilan pastinya memperoleh kelebihan untuk mempertahankan kerajaan negeri andai Anwar kekal bertanding di Port Dickson.

“Belum ada kata putus mengenainya tapi kita mengalu-alukan Anwar bertanding di Port Dickson. Walaupun beliau sibuk sebagai ketua pembangkang, Port Dickson sentiasa menjadi keutamaan beliau.

“Kalau beliau masih di Port Dickson, ia akan berikan kelebihan buat kami di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pengerusi PH bertanding di Negeri Sembilan, tentu akan berikan kelebihan,” katanya seperti dilapor media.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada pengurus pasukan negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Seremban hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata beliau masih mempertimbangkan beberapa kerusi Parlimen untuk bertanding pada PRU15 termasuk di Permatang Pauh, Tambun atau Port Dickson.

Di pihak BN pula, kerusi Parlimen Port Dickson yang dahulunya Telok Kemang secara tradisi ditandingi wakil MIC sejak beberapa penggal lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Urusan kerajaan Johor tetap berjalan menjelang PRN

URUSAN pentadbiran Kerajaan Negeri Johor akan terus beroperasi pada tahap minimum menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama...

More Articles Like This