SEBUAH kereta remuk selepas merempuh pam minyak di stesen minyak dekat Lebuhraya Damansara Puchong, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.13 tengah malam.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati tiada mangsa berada dalam kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Warga emas kena serangan jantung sebelum rempuh van, motosikal

Akibat kemalangan tersebut, berlaku tumpahan minyak dan pihak bomba bertindak membersihkannya bagi mengelakkan daripada berlaku kejadian yang tidak diingini.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.49 tengah malam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram