SAMBUTAN Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir malam tadi disifatkan sebagai manifestasi kebangkitan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selepas kita semua bergelut dengan pelbagai cabaran dalam tahun-tahun sebelumnya.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut meluahkan rasa bangga dengan penganjuran sambutan Hari Malaysia 2022 yang penuh gilang-gemilang itu.

“Alhamdulillah, malam yang sungguh bermakna sempena Hari Malaysia 2022 di Melaka.
“Kali ini, sambutan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka yang penuh bersejarah dengan mengimbau semula detik-detik laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.
“Terima kasih Keluarga Malaysiaku,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Sambutan Hari Malaysia 2022 kembalikan nostalgia pembentukan Malaysia
Sementara itu, Ismail Sabri dalam hantaran berasingan turut menyatakan rasa terharu dengan kehadiran luar biasa Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa, agama, budaya dan usia.
Menurut Perdana Menteri, kehadiran Keluarga Malaysia bersama anak-anak kecil membuktikan Keluarga Malaysia menjiwai semangat patriotisme yang sangat tinggi.
“Sesungguhnya, sejarah perjalanan bumi bertuah ini penuh dengan lembaran yang berwarna-warni.
“Sebagai tanah yang pernah dijajah, hari ini Malaysia berdiri utuh sebagai sebuah negara yang aman, makmur, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

