Malaysia-UAE perhalusi prospek kukuh hubungan pertahanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperhalusi prospek ke arah mengukuhkan lagi hubungan dua hala khususnya dalam konteks pertahanan.

Ia susulan lawatan rasmi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke UAE yang dimulakan dengan pertemuan bersama Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi di Istana Qasr Al Shati’ hari ini.

Menurut Hishammuddin, beliau dan Sheikh Mohamed mengambil peluang menzahirkan penghargaan atas komitmen kerajaan masing-masing demi memastikan hubungan Malaysia-UAE kekal bermanfaat dan membanggakan.

Pada masa sama, kedua-dua pemimpin turut senada bahawa prospek pertahanan mesti diterokai sebaik mungkin demi memacu kerjasama pertahanan Malaysia-UAE ke tahap lebih tinggi.

“Ini termasuklah dengan meningkatkan perkongsian kepakaran serta pengalaman kedua-dua negara demi kepentingan keselamatan rakyat masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin dalam rangka lawatan rasmi ke UAE bagi bertemu beberapa pemimpin tertinggi negara itu.

Baca artikel berkaitan: Proses pemulihan LCS jadi fokus sekarang – Hishammuddin

Lawatan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Mengulas lanjut, Hishammuddin dan Sheikh Mohamed turut membincangkan keperluan meningkatkan semangat persefahaman terutama melalui penubuhan Kursi Sheikh Zayed di Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia secara sintesis dengan Kursi Tun Hussein Onn.

Pada masa sama, beliau turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Hal Ehwal Pertahanan UAE, Mohammed Ahmed Al Bowardi yang menumpukan terhadap hubungan pertahanan akrab antara menteri dan angkata tentera masing-masing.

Katanya, antara kesepakatan yang dicapai melalui mesyuarat tersebut adalah latihan dua hala melibatkan ATM dengan Angkata Tentera UAE; meningkatkan pertukaran dan latihan pegawai ketenteraan; meningkatkan penglibatan antara ketentereaan di peringkat tertinggi dan mengeratkan kerjasama berkaitan industri pertahanan.

“Di akhir pertemuan, saya menyampaikan jemputan kepada Mohammed untuk hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada 23 hingga 27 Mei tahun hadapan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This