Tajikistan ‘taji’ Harimau Malaya, misi julang Piala Raja Thailand tidak kesampaian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HASRAT Harimau Malaya menjulang Piala Raja Thailand buat kali kelima tidak kesampaian setelah tewas kepada Tajikistan 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final, sebentar tadi.

Bagaimanapun, anak didik Kim Pan Gon seharusnya berasa bangga dengan persembahan yang dipamerkan apabila tidak mudah menyerah kepada lawan yang berada di ranking ke-109 dunia itu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary, Chiangmai dalam keadaan hujan lebat itu sedikit sebanyak membuatkan rentak perlawanan sedikit terencat ekoran padang berlecak.

Namun begitu, kedua-dua pasukan tetap berusaha melancarkan serangan bertali arus ke gawang masing-masing.

Malaysia memulakan perlawanan dengan menguji penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov menerusi rembatan jarak jauh Akhyar seawal minit ke-10, namun serangan itu tepat ke dakapan penjaga gol Istikhlol itu.

Pemain tengah The Crowns, Amirbek Curaboev turut melepaskan rembatan jarak jauh beberapa minit selepas itu namun jauh melewati palang gol dikawal Ahmad Syihan Hazmi.

Kapten Harimau Malaya, Syafiq Ahmad kemudiannya melakukan percubaan akrobatik hasil lambungan Safawi Rasid pada minit ke-37 namun rembatan itu tersasar di belah kanan pintu gol Tajikistan.

Harimau Malaya nyaris beraksi dengan 10 pemain pada lewat separuh masa pertama setelah Sumareh yang telah pun memiliki kad kuning membuat terjahan keras ke atas pemain Tajikistan.

Baca artikel berkaitan: Harimau Malaya buat Gajah Perang gigit jari di Chiangmai

Namun pengadil perlawanan dari Thailand hanya memberikan sepakan percuma kepada The Crowns.

Memasuki babak kedua perlawanan, Pan Gon bertindak pantas memasukkan pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim menggantikan Sumareh.

Percaturan itu hampir membuahkan hasil apabila lorongan Faisal mencari Safawi pada minit ke-57 tetapi rembatan padu pemain Johor Darul Ta’zim itu berjaya ditepis Yatimov.

Ahmad Syihan bertindak cemerlang menidakkan cubaan jarak jauh pemain tengah Tajikistan, Muhammadjon Rahimov pada minit ke-68.

Penjaga gol Negeri Sembilan FC itu sekali lagi berjaya menggagalkan usaha Tajikistan kali ini menerusi Manucehr Safarov pada minit ke-81.

Dua minit kemudian, Anak buah Peter Segrt berjaya menembusi gawang gol Malaysia namun gol penyerangnya, Rustam Soirov dibatalkan kerana ofsaid.

Dalam penentuan sepakan penalti, Ahmad Syihan menyelamatkan sepakan pertama Tajikistan oleh kapten, Ahtam Nazarov, namun kelebihan itu tidak digunakan Dion Cools selepas sepakannya ditepis Yatimov.

Yatimov sekali lagi menyelamatkan sepakan kedua Harimau Malaya yang diambil Nazmi Faiz.

Sepakan ketiga Malaysia diambil Safawi kemudiannya menggegar palang sebelum Rustam mengesahkan kemenangan Tajikistan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This