SKUAD hoki lelaki kebangsaan memulakan siri jelajah Belgium dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Belgium A, terdiri daripada skuad gandingan pemain senior dan junior, 1-0, di Sportcentrum Wilrijkse Plein, di Antwerp, hari ini.
PakarĀ pukulan sudut penalti skuad Speedy Tigers,Ā Muhammad Razie Abd Rahim, menemui sentuhan pada minit ke-35 dalam aksi persahabatan tersebut sebelum berdepan dengan skuad utama Belgium, yang juga pasukan kedua terbaikĀ dunia, pada petang esok.
Mengulas mengenai kemenangan itu, ketua jurulatih negara, A. Arul Selvaraj, berkata pasukannya yang menduduki ranking ke-10 dunia itu telah menunjukkan kemajuan membanggakan dari segi kecergasan selepas 10 minggu menjalani latihan kesesuaian fizikal.
āWalaupun beraksi dengan 20 pemain dengan semua pemain keluar masuk, kita nampak perbezaan ketara dari segi kecergasan, mereka agak selesa pada tengah hari ini. Walaupun Belgium A mempunyai lebih banyak pukulan sudut dan penembusan dalam kotak penalti, kita telah menguasai perlawanan dengan baik kecuali lima hingga lapan minit terakhir.
āKita berjaya menembus ke kawasan penalti sebanyak 15 kali dan menerima satu percubaan pukulan sudut penalti…kita kena buat sedikit kerja untuk mendapat lebih peluang masuk ke kawasan bahaya lawan tapi dapat menyudahkan satu-satunya pukulan sudut penalti,ā katanya menerusi sidang video yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Baca lagi: Skuad Speedy Tigers, buktikan Malaysia mampu gegar Asia! ā Ismail Sabri
Selain Belgium, aksi persahabatan dalam siri jelajah tersebut turut melibatkan pertemuan dengan pasukan ranking ke-11 dunia, Perancis.
Siri jelajah tersebut adalah untuk mempersiapkan pasukan menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh, Perak, bermula 1 hingga 10 Nov ini serta Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela , India, dari 13 hingga 29 Jan depan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV āshortcutā muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik āAdd to Homescreenā
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

