Anwar timbang bertanding di kerusi ‘pengkhianat’

Dari Penulis

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan, hasratnya untuk bertanding dan merampas kerusi Parlimen yang disandang oleh ‘pengkhianat’ PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR itu bagaimana pun tidak menyatakan secara spesifik mengenai kerusi Parlimen yang menjadi perhatiannya, namun kerusi itu mestilah memberi kelebihan tambahan kepada PKR dan PH.

“Secara jujur saya belum ada pilihan lagi (Parlimen) untuk ditandingi tapi dalam pertimbangan adalah kerusi pengkhianat (PKR dan PH)…misalnya jika parti kata bertanding di Gombak (Parlimen) saya bertanding di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab pada program Sembang Kencang KLS @ Anwar Ibrahim anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur & Selangor (KLS), di Petaling Jaya hari ini.

BERITA BERKAITAN ‘Pengkhianat’ dijangka bersara selepas PRU-15 – Anwar

Anwar berkata ketika ini sentimen dan sokongan yang diterimanya di Port Dickson kuat dan lebih baik berbanding ketika bertanding pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada Oktober 2018.

 Ahli Parlimen yang keluar PKR dan sertai Bersatu ialah Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This