UMNO nafi dahului Kabinet, isu pandangan Jemaah Menteri selesai

Dari Penulis

UMNO menafikan bahawa parti itu mendahului pandangan Kabinet dalam membuat keputusan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Menurut laporan BH Online yang memetik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meyakini bahawa isu melibatkan pandangan Jemaah Menteri sudah diselesaikan.

Kata beliau, ia kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diberikan gambaran mengenai mesyuarat Kabinet berhubung isu tersebut.

Ahmad menegaskan, keputusan untuk mengadakan PRU-15 pada tahun ini juga dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.

Jelasnya, Perdana Menteri merupakan sebahagian pemimpin tertinggi parti dan atas sebab itu keputusan dilakukan secara bersama.

“Oleh kerana Perdana Menteri daripada UMNO, maka kita nyatakan pendirian berkaitan mengenai PRU15. Yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan juga adalah Perdana Menteri.

“Atas sebab itu, UMNO perlu buat keputusan yang memandu ke arah PRU15, bukan parti lain. Kita harap panduan dibuat itu akhirnya berjaya membawa kepada pilihan raya diadakan.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Pas akan bincang semula bubar DUN di tiga negeri

“Apatah lagi Perdana Menteri adalah sebahagian yang buat keputusan itu (PRU15) kerana beliau hadir dalam Mesyuarat Top Five, Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Jumaat lalu.

“Dalam urusan Kabinet itu tentunya sudah diselesaikan. Walaupun saya tiada dalam Kabinet namun MKT ada diberi gambaran mesyuarat Kabinet,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian membidas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa langkah mengadakan PRU-15 secepat mungkin ibarat menempah maut.

“Pihak yang menyatakan perkara itu tidak tahu mengenai persiapan yang dibuat. Beliau pun tak pernah hadir dalam pertemuan besar yang parti adakan.

“Mungkin beliau tidak mengetahui dan tidak terbabit. Namun sebenarnya kita sudah buat banyak persiapan PRU-15 ini,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan menegaskan bahawa Perdana Menteri perlu berbincang terlebih dahulu dengan barisan Kabinet mengenai pembubaran Parlimen.

Jumaat lalu, Ahmad berkata, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini juga.

Keputusan pembubaran Parlimen itu adalah antara ketetapan dicapai dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This