‘Kalau nak gantung, gantung bagi mati’ – Tajuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KALAU nak gantung, gantung bagi mati, itu OK. Takut nanti hidup balik.”

Demikian kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung laporan mengenai penggantungan keahliannya sebagai ahli UMNO.

Menjawab celahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) semasa Sidang Parlimen hari ini, Tajuddin menyifatkan tindakan UMNO untuk menggantung keahliannya itu bukan masalah besar.

Malah, beliau menyatakan masih tetap dengan parti tersebut walaupun mungkin tidak diberikan watikah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Tajuddin menjelaskan, tindakan ke atas beliau itu bukanlah merupakan ‘hukuman gantung sampai mati’.

Baca artikel berkaitan: Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU-15 tahun ini juga – MKT UMNO

“Tak ada masalah, kita masih UMNO. No problem. Gantung itu, bukan gantung sampai mati. Apa ada masalah?,” seloroh Tajuddin.

Pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Jumaat lepas, parti itu memutuskan untuk memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, semalam media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun.

Tajuddin dan Mohd. Yusof dipercayai digantung keahlian kerana sering membuat kritikan terbuka terhadap kepemimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Guru didakwa salah laku seksual ditempatkan sementara di PPD

SEORANG guru yang didakwa terlibat dalam kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Sarawak telah ditempatkan buat sementara...

More Articles Like This