Pas kaji keterbukaan UMNO, buat keputusan hujung minggu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan UMNO bagi memulihkan semula kerjasama kedua-dua parti itu dengan keputusan muktamad dibuat sebelum hujung minggu ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudarat atau risiko yang paling ringan.

Beliau berkata, Pas menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan keterbukaan memulihkan agenda penyatuan ummah.

Ia susulan pertemuan empat mata Ahmad Zahid dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 17 September lalu.

Menurut Takiyuddin, Pas mengulangi komitmen untuk bersama dalam segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutama dalam kalangan Melayu Islam.

Jelasnya, ia berteraskan ayat 10 Surah al-Hujurat yang menekankan soal ‘perdamaian’ di antara orang-orang Islam yang bertelagah dalam sesuatu urusan mereka.

“Dalam hal ini, Pas turut menekankan soal penyelesaian sesuatu perkara perlu dirujuk kepada sumber agama Islam iaitu al-Quran dan al-Hadith.

“Sesungguhnya perkara itu juga terkandung secara jelas dan tersurat di dalam piagam Muafakat Nasional (MN) yang telah dimeterai pada 14 September 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: UMNO tidak pernah padamkan agenda penyatuan ummah – Zahid

Sehubungan itu, Takiyuddin menambah, Pas tetap mengharapkan suatu jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan antara parti-parti utama Melayu Islam di negara ini.

“Mengambil roh dan semangat persaudaraan Islam seperti yang ditunjukkan dalam sirah iaitu antara Aus-Khazraj dan Muhajirin-Ansar yang akhirnya membawa kepada kekuatan dan kegemilangan pemerintahan berteraskan Islam,” jelas beliau.

Ahmad Zahid dalam kenyataan menegaskan UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah termasuk dalam hubungan politiknya dengan Pas yang menjadi asas kestabilan politik tanah air.

Atas dasar itu, Ahmad Zahid berkata, parti itu sejak daripada awal sentiasa menekankan soal keikhlasan dan kejujuran dalam apa juga bentuk permuafakan.

Namun begitu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga menegaskan, UMNO tidak sesekali dapat menerima pihak yang berterusan melakukan pengkhianatan serta mengambil sikap menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This