Zahid ingatkan rakyat kisah janji PH mansuhkan tol, PTPTN percuma

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

RAKYAT diingatkan agar tidak lupa dengan kisah janji manis Pakatan Harapan (PH) untuk memansuhkan tol serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) percuma dalam pilihan raya yang lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ramai yang telah terpedaya dengan manifesto PH pada 2018 yang mana kebanyakan janji-janji PH tidak berjaya ditunaikan selepas mereka menjadi kerajaan.

Tegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, sejarah telah membuktikan dokumen manifesto PH itu sarat dengan kepalsuan, pembohongan dan penipuan yang memesongkan rakyat.

“Tentunya semua masih ingat pada dokumen manifesto ini. Dokumen ini sangat licik, manipulatif dan berbahaya. Ia pernah merosakkan rasional manusia.

“Dokumen ini juga umpama ‘bulan dan bintang’ yang tampak menarik dan mampu digapai dengan mudah, tetapi realitinya sejauh 384,400 kilometer dari bumi.

“Hanya yang pasti terdapat gerombolan yang suatu ketika dulu menjadikan dokumen bukan kitab suci ini alat untuk memanfaatkan kepentingan mereka.

“Selepas manfaat telah dikaut, mereka cuba membuat manusia terlupa kewujudan dokumen ini dengan pelbagai penceritaan untuk mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Pendakwa fail rayuan terhadap pembebasan kes Ahmad Zahid

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, selepas hampir lima tahun berlalu, terdapat bayang-bayang ‘dokumen’ seumpama manifesto pembangkang yang lalu akan muncul semula untuk memperdaya rakyat.

Ahmad Zahid berkata, rakyat perlu berhati-hati kali ini dan diingatkan untuk tidak mudah dimanipulasi dengan kelicikan pembangkang.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa  beliau telah mengenal pasti 36 dasar yang perlu diberi keutamaan dalam usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik dalam PRU-15.

Antaranya termasuk memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), khusus untuk golongan B40.

Semua cadangan dasar itu dimasukkan dalam ‘SCRIPT-For a Better Malaysia’, buku yang mengetengahkan visi dan kerangka dasar yang menjadi matlamat Anwar untuk mentransformasikan Malaysia.

Dalam buku dihasilkan menerusi kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pusat Dasar Postnormal dan Kajian Masa Depan yang dilancarkan Ahad lalu, Anwar antara lain mencadangkan bayaran tol kepada B40 dimansuhkan dengan menyediakan ‘Pas Tol’ kepada golongan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This