TIDAK wajar untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini.
Itu penegasan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekaligus menunjukkan pendirian Pas kini kelihatan tidak sehaluan lagi dengan UMNO.
Jelas Ahli Parlimen Marang itu, pembubaran parlimen dan PRU-15 dalam masa terdekat tidak wajar kerana mengambil kira faktor penting melibatkan ekonomi dan rakyat.
Tegas beliau, kepentingan rakyat dan negara perlu didahulukan dalam apa jua keadaan.
“PAS berpandangan pembubaran parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Baca lagi: Tiada kerjasama babit perkara dosa, rasuah dan salah laku – Abdul Hadi
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, langkah-langkah pemulihan ekonomi kerajaan ketika ini perlu terus disokong khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 7 Oktober nanti.
Selain itu, Abdul Hadi berkata, Pas juga akan meneruskan perbincangan dengan semua pihak untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dengan tujuan untuk mengalahkan Pakatan Harapan (PH).
Jelasnya, ini termasuk rundingan bersama parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah bagi mencapai titik persamaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

