SUBSIDI bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan iaitu isi rumah berpendapatn RM1,169 ke bawah.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, perluasan itu berbeza dengan syarat semasa iaitu RM980 ringgit ke bawah.
“Semasa pembentangan Bajet 2022, saya telah mengumumkan komitmen untuk meluaskan syarat kelayakan penerima bantuan kebajikan selaras dengan PGK Makanan 2019 iaitu 1,169 ringgit.
“Dengan keputusan ini, lebih 450 ribu isi rumah layak menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Nasib golongan susah telah diberi keutamaan khusus dengan peruntukan 2.5 bilion ringgit bagi 2023, iaitu peningkatan signifikan berbanding 1.5 bilion ringgit pada tahun 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Baca lagi: Belanjawan 2023: Kadar BKM meningkat
Tengku Zafrul menambah, bantuan tunai di bawah JKM dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk 2023 akan melebihi 10 bilion ringgit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

