Pejabat Peguam Negara arah PDRM lengkapkan semula kertas siasatan buku Tommy Thomas

Dari Penulis

PEJABAT Peguam Negara hari ini mengarahkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan penerbitan buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, namun pihaknya diarahkan untuk melengkapkan beberapa maklumat berkaitan.

“Kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan telah diterima semula pada 25 Oktober dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.

“PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan seperti mana arahan. Kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: PH tak perlu jawab bagi pihak Tommy Thomas – Anthony Loke

Sebelum ini, media melaporkan kertas siasatan buku Tommy akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara pada 3 Oktober susulan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan-dakwaan di dalamnya.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan, agensi penguat kuasa melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tommy berhubung pelbagai dakwaannya di dalam buku berkenaan.

Berdasarkan siasatan, pasukan khas telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional dan kenyataan berbaur hasutan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This