PELAKSANAAN Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengasah bakat murid seawal usia muda.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Artikulasi Penulisan merupakan sebuah inisiatif KPM yang dilaksanakan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dengan kerjasama Yayasan Didik Negara serta Jabatan Pendidikan Negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia.
Jelas beliau, program itu dapat memberi peluang kepada murid untuk membina keupayaan diri dalam suasana yang menyeronokkan dan belajar secara kreatif.
“Bengkel ini akan dilaksanakan secara berterusan di seluruh negara dengan penglibatan 16 Jabatan Pendidikan Negeri dan Wialyah Persekutuan.
“Seramai 60 murid akan menyertai bengkel yang dilaksanakan pada peringkat negeri, dengan jumlah keseluruhan seramai 960 orang bagi seluruh Malaysia.
“Daripada jumlah ini, kita dapat mengangkat sekurang-kurangnya 480 murid sebagai pengkarya cilik apabila hasil penulisan terbaik mereka dipilih dan didokumentasikan dalam 16 buah buku mewakili negeri masing-masing,” katanya.

Baca lagi: Transformasi pendidikan: Bila KPM terus melaksana, bukan sekadar mengkaji
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya hari ini.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, penerbitan buku Semanis Jala Mas merupakan satu wadah kepada murid dalam berkarya sekaligus mengoptimumkan potensi bakat mereka selari dengan konsep Sekolahku Sejahtera.
Katanya, usaha itu akan mewujudkan ruang dan peluang untuk menggilap bakat dan potensi murid, terutama dalam penulisan kreatif.
“Prgram rintis telah dilaksanakan di Kelantan pada 2 dan 3 Ogos yang lalu melibatkan 60 murid sekolah rendah dan telah melahirkan 31 pengkarya cilik melalui penerbitan buku antologi Cerpen Penuis Cilik: Semanis Jala Mas.
“Dengan teman silang budaya, saya menekankan supaya pemilihan murid yang menyertai bengkel ini merangkumi semua kaum di Malaysia supaya kandungan buku lebih kaya dan sesuai dengan kepelbagaian budaya serta kaum di Malaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

