Tok Mat pilihan KJ di Rembau, yakin menang di Sungai Buloh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin pulang ke Rembau, Negeri Sembilan hari ini bagi melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Khairy tanpa berselindung turut memaklumkan yang calon BN bagi Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan pilihan beliau di kerusi Parlimen yang disandangnya itu sebelum ini.

“Tok Mat (Mohamad) memang calon pilihan saya dan saya berharap beliau menang bergaya di Parlimen ini,” katanya ketika ditemui media di Sekolah Menengah Agama (SMA) Hj Mohd Yatim, Kota, Rembau pagi tadi.

Baca lagi: Saranan Perdana Menteri betul, tumpu pada pilihan raya – Khairy Jamaluddin

Ketika ditanya perasaan apabila pulang ke Rembau, Khairy mengakui beliau berasa rindu dan gembira untuk berada di situ.

Katanya, terdapat banyak memori indah ketika berkhidmat sebagai ahli Parlimen Rembau selama 14 tahun menerajui kawasan itu.

Dalam pada itu, Khairy juga yakin mampu untuk membuat kejutan untuk menang di Sungai Buloh yang merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) nanti.

“Saya berharap dapat diberi kepercayaan untuk berkhidmat di Sungai Buloh dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This