Bukan Kerajaan Perpaduan tapi kerajaan minoriti – Takiyuddin

Dari Penulis

KERAJAAN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini disifatkan bukanlah berbentuk Kerajaan Perpaduan tetapi merupakan kerajaan minoriti.

Perkara itu disifatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan seperti dilaporkan BH Online.

Menurut Takiyuddin, ini kerana tiada satu parti pun yang mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Mungkin mereka mempunyai kepercayaan majoriti. Majoriti tidak semestinya majoriti mudah dan boleh jadi majoriti dalam kalangan lain-lain.

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 82 kerusi, Perikatan Nasional (PN) pula mempunyai 73 kerusi. Maka, ketua PH ada majoriti, namun belum boleh membentuk kerajaan.

“Sebab itu saya katakan kerajaan sekarang bukan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti,” katanya ketika ditemui selepas Kenduri Kesyukuran Parlimen Kota Bharu, hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM minta masa, tiada pengumuman Kabinet hari ini?

Ketika ditanya usul undi percaya di Dewan Rakyat pada 19 Disember ini, Takiyuddin berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima maklumat berhubung usul berkenaan.

“Bagi saya, apabila seorang Perdana Menteri membawa usul berkenaan ke Parlimen, itu bermakna Perdana Menteri yang sedia ada itu belum mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Dalam perlembagaan untuk melantik seorang Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, orang itu mungkin mempunyai kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

“Sebagai alternatif, Perdana Menteri itu perlu membawa usul ke Parlimen untuk melihat sokongan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, PN akan menjadi pembangkang yang membina kepada rakyat.

“Kita akan melantik beberapa Ahli Parlimen untuk memantau setiap satu kementerian memandangkan kita mempunyai 73 Ahli Parlimen,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Segamat kurang 49 doktor, KKM diminta tambah petugas

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diminta menambah bilangan petugas kesihatan terutama doktor di Hospital Segamat ekoran keperluan yang semakin mendesak. EXCO Kesihatan...

More Articles Like This