DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hasil gandingan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menghasilkan kejayaan luar biasa kepada negara.
Pengerusi BN itu sambil mengucapkan tahniah kepada yang terpilih berharap semua menghentikan ketidakstabilan politik yang telah banyak merosakkan serta merencatkan kemakmuran Malaysia.
Beliau berkata, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat kepada jemaah menteri dalam kerajaan sekarang dalam mengharungi suasana ekonomi dunia diramal amat mencabar tahun depan.
“Kita yakin Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ini mampu menangani cabaran perlu ditempuhi demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya.
“Usah diganggu ketenteraman dan perpaduan masyarakat serta usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara selepas ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.
BERITA BERKAITAN No PKR, No DAP, No BERSATU hanya untuk PRU-15 – Ahmad Zahid
Ahmad Zahid diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau antara enam ahli parlimen dari BN dilantik sebagai jemaah menteri yang diumumkan Anwar menerusi Pengumuman Khas Kabinet Kerajaan Baharu yang disiarkan secara langsung malam tadi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Anwar atas kepercayaan kepadanya dan rakan dalam BN untuk berada dalam Kabinet.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

