‘Duit tambang mengundi’, Fahmi sifatkan kenyataan bahaya, mahu Sanusi disiasat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa segelintir penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mengharapkan balasan ‘duit tambang’ untuk pulang mengundi disifatkan sangat berbahaya.

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil memohon supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera dengan menyiasat Muhammad Sanusi berhubung kenyataan itu.

Jelas Fahmi, kenyataan Muhammad Sanusi seolah-olah memberi bayangan bahawa pengundi diberi ‘ganjaran’ dan cuba ‘diselindungi’ dengan alasan dana pulang mengundi.

Kata beliau, tindakan itu dilihat berulang dalam konteks pilihan raya di Parlimen Padang Serai ketika ini.

“Saya percaya kenyataan beliau ini sangat bahaya dan wajar disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana yang saya risaukan ialah politik wang semakin menjadi-jadi.

“Ia seakan-akan dihalalkan dengan terma atau takrif (dana pulang mengundi) tetapi kita tahu sebenarnya ia adalah satu bentuk sogokan supaya pengundi memilih satu-satu parti.

“Saya mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera menyiasat Sanusi mengenai kenyataan beliau,” katanya dalam video TikTok hari ini.

Baca artikel berkaitan: PN mesti faham fungsi pembangkang, bercakap bagi pihak rakyat – MCW

Rakaman video tersebut turut dimuatnaik ke akaun media sosialnya lain.

Semalam, Muhammad Sanusi ketika berucap pada Ceramah Jelajah PN Padang Serai menyatakan kekecewaan dengan sikap segelintir penyokong PN yang menuntut balasan ‘duit tambang’ untuk pulang mengundi.

Beliau yang juga Pengerusi PN Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, berkata perbuatan itu amat memalukan kerana penyokong parti lawan khususnya Pakatan Harapan (PH) tidak pernah meminta duit walaupun pulang dari luar negara.

Muhammad Sanusi berkata sikap berkira tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan pengundi PN.

“Pengundi PH tidak pernah minta walau pun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara. Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.

“Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa (anda) RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu. Kawan tu balik habis puluh ribu, sekupang dia tak minta pasai (kerana) dia tau penting tanah ini untuk dikuasai.

“Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, tak bagi (ugut) tak mau balik dah. Hang bodoh, negeri ini orang nak amik dah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This