PERIKATAN Nasional (PN) sewajarnya memahami fungsi pembangkang dalam sistem demokrasi.
Sehubungan itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam hantaran di Facebook berpendapat, PN mesti berperanan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, komited dan membina.
Menurut MCW, fungsi pembangkang itu adalah untuk bercakap bagi pihak rakyat dan bukan untuk parti serta agenda peribadi.
Katanya, gabungan itu juga perlu membuat ‘ulang kaji’ sebelum hadir ke sesi Sidang Dewan Rakyat.
MCW menegaskan, PN tidak seharusnya membiarkan kerajaan membuat dasar sesuka hati kerana pembangkang juga merupakan suara rakyat.
“Mereka kena faham fungsi pembangkang dalam sistem demokrasi. Ia hendaklah bercakap bagi pihak rakyat dan bukan untuk parti dan agenda peribadi.
“Mereka mesti buat ‘homework’ sebelum hadir sidang Dewan Rakyat. Jangan biarkan kerajaan buat dasar sesuka hati kerana pembangkang juga adalah suara rakyat.
“Matt Kibbe dalam bukunya Don’t Hurt People, A Libertarian manifesto kata, government is dangerous if left unchecked (kerajaan menjadi berbahaya jika dibiarkan tidak dinilai),” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel berkaitan: Empat kriteria dijanjikan PN sebagai pembangkang
Terdahulu, PN menjanjikan empat kriteria yang diutamakan sebagai pembangkang melalui pendekatan konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, empat kriteria yang PN janjikan kepada rakyat adalah penting demi kepercayaan yang diberikan kepada parti itu.
Beliau berkata, janji itu akan ditunaikan melalui perbahasan yang lebih efektif, membina, membangun dasar yang menguntungkan rakyat dan mestilah jujur dalam tanggungjawab sebagai suara rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

