Hantaran Twitter pengiktirafan UEC palsu – JPM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HANTARAN yang tular dalam media sosial terutama di Twitter kononnya Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adalah palsu.

Perkara itu disahkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam catatan di Facebook hari ini.

Menurut JPM, maklumat dan hantaran bertajuk ‘Pengiktirafan UEC akan dibincangkan di peringkat kementerian dan usul ini akan diluluskan kelak oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan’ adalah tidak benar.

Katanya, ini kerana maklumat tersebut disebar menggunakan akaun Twitter palsu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

JPM turut berkongsi akaun media sosial rasmi Perdana Menteri untuk mendapatkan berita sahih.

Baca artikel berkaitan: Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi!,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menerusi catatan itu, JPM menunjukkan Twitter sebenar Perdana Menteri iaitu @anwaribrahim dan akaun yang menyebarkan maklumat palsu mengenai pengiktirafan UEC iaitu @anwarinrahim yang menggunakan gambar Perdana Menteri sama seperti akaun Twitter sebenar.

Hantaran berkenaan turut dikongsikan Perdana Menteri di akaun Facebook rasmi beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This